Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 2 tekong ditahan cuba seludup keluar 9 PATI Indonesia

2 tekong ditahan cuba seludup keluar 9 PATI Indonesia

by Nurulhuda

SERIKIN, 11 Mei – Cubaan 2 lelaki menyeludup keluar 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan antarabangsa Malaysia dan Indonesia di Kampung Stass, Serikin gagal, apabila mereka ditangkap oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata, kumpulan tersebut berjaya ditahan apabila anggota tentera yang membuat serang hendap (SERKAP) di kawasan berkenaan dan berjaya mengesan 2 buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dari arah Malaysia menuju ke arah sempadan Indonesia.

“Hasil siasatan mendapati 2 buah kenderaan tersebut yang dipandu 2 orang warga tempatan dipercayai tekong darat sedang membawa 9 orang PATI pulang ke Indonesia menggunakan lorong tikus,

“Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya dan rampasan dianggarkan bernilai RM 67,073.15 termasuk 2 buah kenderaan yang digunakan oleh tekong darat tersebut,” jelasnya dalam hantaran di media sosial.

Menurut kenyataan itu, ATM akan terus komited dan meningkatkan kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi sempadan negara menggunakan laluan yang tidak sah. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply