Home SemasaGlobal Tejas laksana penembakan pertama misil buatan Israel

Tejas laksana penembakan pertama misil buatan Israel

by M.Daim

NEW DELHI, 29 Apr – Tentera Udara India (IAF) telah melaksanakan penembakan misil udara-ke-udara Python-5 pada pesawat tempur ringan, Tejas.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India, ujian penembakan di Goa turut melibatkan misil BVRAAM Derby.

“Ujian penembakan ini dilaksanakan bagi menilai tahap keupayaan pesawat serta misil dalam beberapa senario,

“Misil Python-5 dan Derby telah berjaya mengenai sasaran,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua misil ini merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat Israel, Rafael.

Tejas merupakan jet pejuang yang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) semenjak tahun 1980.

Pada Februari lalu, kerajaan India telah menganugerahkan kontrak perolehan 83 buah Tejas Mk-1A untuk IAF. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply