Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratATM atur gerak anggota bantu pasang katil medan di Hospital Sibu

ATM atur gerak anggota bantu pasang katil medan di Hospital Sibu

by Nurulhuda
A+A-
Reset

Sibu, 26 Apr – Seramai 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) telah terlibat dalam pemasangan katil medan di ruangan menunggu pesakit COVID-19 Hospital Sibu, semalam.

Pihak 9 Briged dalam hantaran di media sosialnya berkata, sebanyak 30 katil medan telah dihantar dan dipasang di khemah-khemah ruangan menunggu di Hospital Sibu bagi memberi kemudahan kepada pesakit-pesakit terutamanya kanak-kanak dan golongan yang berumur.

“Program ini signifikan selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu peningkatan Hubungan Tentera dan Awam,” jelasnya.

Sehingga semalam, JawatanKuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengesahkan, sebanyak 595 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak dengan 84 kes daripadanya dilaporkan di Sibu.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 27,914 kes. –airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply