Home Pertahanan dan Keselamatan 6 bot pemintas laju perkasa kekuatan TLDM laksana Op Benteng

6 bot pemintas laju perkasa kekuatan TLDM laksana Op Benteng

by M.Daim

LUMUT, 26 Apr – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hadir menyaksikan demonstrasi keupayaan bot pemintas laju (fast interceptor craft) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Demontrasi tersebut mempamerkan keupayaan aset baharu TLDM yang diterima pada 19 Mac lalu.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany TLDM.

FIC merupakan aset baharu TLDM yang dibina oleh syarikat tempatan, Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan berkata, perolehan FIC akan memantapkan lagi penguatkuasaan Operasi Benteng (Op Benteng).

“FIC yang diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara, terutama kepada kapal-kapal TLDM dalam penugasan Op Benteng,

“Ia berupaya mempertingkatkan lagi keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek serta berpulau,” kata kenyataan itu.

Pembelian FIC dilaksanakan melalui Projek Perolehan Op Benteng. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply