Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: ESSCOM, 13 Bgd baik pulih rumah veteran tentera di Lahad Datu

Program Jiwa Murni: ESSCOM, 13 Bgd baik pulih rumah veteran tentera di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 12 Apr – ESSCOM dan Markas 13 Briged telah berkerjasama melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) membaik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Tanjung labian, Lahad Datu.

Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) diketuai Mejar Muhammad Fariz Mohd Alu Mustawi telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut bersama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan komuniti penduduk Tanjung Labian.

“Projek rumah Veteran ATM, Said Malandi yang merupakan bekas anggota 9 Rejimen Ranjer Diraja (9 RRD) yang telah berkhidmat dalam ATM sekitar tahun 1970 hingga 1986,

“Projek yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan beliau semasa berkhidmat di dalam ATM,” kata 3 RAMD menerusi hantaran di media sosialnya.

PJM ini telah dilaksanakan bermula pada 9 hingga 10 Apr 21.

Sementara itu, Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsuddin dan Ketua Staf Pusat Operasi (PUSOP), Brigedier Jeneral Hamzah Ali telah menyempurnakan perasmian PJM ini sempena sambutan hari ulang tahun ESSCOM yang ke-8.

Dalam pada masa sama, 3 RAMD turut melaksanakan projek menambahbaik ruangan solat wanita di Masjid Nurul Haq, Tanjung Labian yang akan digunakan pada bulan Ramadan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan ESSCOM, Ellda Baharuddin dan Pegawai Memerintah 3 RAMD Leftenan Kolonel Yousrie Muhamad. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply