Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin cekup 2 lelaki, rampas 156 karton minuman keras

Polis Marin cekup 2 lelaki, rampas 156 karton minuman keras

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 12 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 2 lelaki warganegara tempatan dan merampas sejumlah 156 karton minuman keras dipercayai tidak bercukai kastam di kawasan persisir pantai Forest City, Tanjung Kupang, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, pasukan telah mengesan tiga buah kenderaan yang mencurigakan memasuki kawasan Regalia Park, Forest City pada jam 6.30 pagi.

“Pasukan serbuan telah menahan dan memeriksa kenderaan tersebut,

“Hasil pemeriksaan ke atas 3 buah kenderaan disaksikan suspek menjumpai pelbagai minuman keras di bahagian tempat duduk belakang dan but disyaki tidak bercukai kastam,

“Tangkapan dan rampasan dianggar bernilai RM381,582.20 telah dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Tambahnya, masyarakat hendaklah bekerjasama dan segera menghubungi pihak berkuasa dalam menangani isu penyeludupan.

“Penyeludup adalah musuh negara, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada PPM Wilayah Dua di talian 07-2372221,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply