Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 16 RAMD serah bekalan makanan asas kepada penduduk Orang Asli Kuala Tahan

16 RAMD serah bekalan makanan asas kepada penduduk Orang Asli Kuala Tahan

by Nurulhuda

GERIK, 26 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan satu Program Jiwa Murni (PJM) di perkampungan Orang Asli, Royal Belum Gerik, Perak, semalam.

Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) dalam hantaran di laman sosialnya berkata, program ini telah dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari Markas Taktikal, Kem Sri Banding yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 16 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Helmi Bohari.

“Program bantuan ini berupa penyampaian makanan asas yang telah diserahkan kepada setiap ketua keluarga di Kampung Kuala Tahan.

Menurut kenyataan itu, program julung kali dikolaborasikan bersama-sama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Gerik ini turut didokong oleh anggota perubatan pasukan yang mengambil bahagian dalam melaksanakan saringan kesihatan kepada penduduk kampung tersebut.

“Selain itu, anggota perubatan pasukan juga mengagihkan ubat-ubatan kepada penduduk,

“Program kebajikan ini dirancang bagi menyantuni seterusnya membantu masyarakat Orang Asli setempat demi mengukuhkan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TDM dengan awam,” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply