Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Tentera tahan 37 PATI Indonesia bersama mayat seorang wanita

Op Benteng: Tentera tahan 37 PATI Indonesia bersama mayat seorang wanita

by M.Daim

KOTA TINGGI, 6 Mac – Tentera Darat Malaysia telah berjaya menahan seramai 37 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di kawasan pantai Tanjung Balau, Johor, hari ini.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3Div), kesemua PATI terbabit telah ditahan dalam 3 tangkapan berasingan.

“Anggota petugas Pos Pemerhati telah mengesan kehadiran bot sedang menurunkan PATI berhampiran kawasan pantai,

“Seramai 17 PATI telah berjaya di tahan dalam serbuan pada jam 5.40 pagi itu,” kata 3 Div dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi penjejakan terus dijalankan berhampiran kawasan bangunan hotel terbiar.

“Pada pukul 9.30 pagi, 19 PATI telah berjaya ditahan dan 5 lagi kira-kira sejam kemudian,” jelasnya.

Selain itu, 3Div turut menemui mayat seorang wanita yang dipercayai dari kumpulan PATI.

“Kes penemuan mayat tersebut diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,

“Kesemua PATI yang ditahan adalah terdiri daripada 22 lelaki dan 15 wanita berusia sekitar 21 hingga 51 tahun, ” kata 3Div.

Tambahnya, operasi mengesan saki-baki PATI masih diteruskan di kawasan sekitar serbuan. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply