Home Teknologi Pertahanan CZ ambil alih syarikat senjata api terkemuka Amerika Syarikat, COLT

CZ ambil alih syarikat senjata api terkemuka Amerika Syarikat, COLT

by M.Daim

WASHINGTON, 13 Feb – Syarikat pengeluar senjata api terkemuka Amerika Syarikat, Colt Holding Company LLC (COLT) akan menamatkan operasinya tidak lama lagi.

Syarikat yang berusia 175 tahun itu kini diambil alih oleh firma dari Republik Czech, Česká zbrojovk (CZ).

Pihak CZ dalam satu kenyataan berkata, syarikatnya telah menandatangani perjanjian perolehan 100 peratus ekuiti COLT pada 11 Februari lalu.

“Perolehan ekuiti COLT merupakan langkah strategik kepada kedua-dua syarikat. COLT merupakan jenama ikon yang menjadi penanda aras dalam pasaran ketenteraan, penguatkuasa dan komersil pada peringkat global,

“CZ berasa amat bangga kerana memiliki COLT yang mempunyai sejarah 175 tahun untuk membekalkan persenjataan kepada Tentera Amerika Syarikat,” kata Presiden CZ Group, Lubomír Kovařík.

Beliau menambah, perolehan ini akan memperkukuhkan lagi pasaran persenjataan CZ di peringkat global.

Sementara itu, Presiden COLT, Dennis Veilleux menegaskan peroleh ekuiti syarikatnya oleh CZ merupakan satu detik bersejarah.

“Kami gembira kerana dapat bergabung dengan CZG yang sudah pasti membawa kelebihan tersendiri kepada jenama COLT dan CZ, jelasnya.

Proses pengambilalihan ekuiti dijangka akan tamat pada suku kedua tahun 2021.

COLT yang berpangkalan di Connecticut telah beroperasi semenjak tahun 1847. Syarikat ini telah menghasilkan beberapa senjata api ikonik seperti pistol M1911, raifal AR-15, M16 dan M4. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply