Home Semasa Siasatan punca penularan COVID-19: China masih berdolak-dalik – WHO

Siasatan punca penularan COVID-19: China masih berdolak-dalik – WHO

by M.Daim

BEIJING, 13 Feb – Anggota pasukan siasatan Badan Kesihatan Dunia (WHO) mendakwa China tidak memberi kerjasama penuh dalam penyiasatan penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, pegawai kerajaan China enggan menyerahkan maklumat yang diperlukan kepada WHO semasa siasatan dijalankan.

“Para petugas hanya diberikan rumusan dan analisis disediakan oleh China dan bukannya maklumat terperinci seperti yang diperlukan,” lapor Wall Street Journal yang memetik kenyataan beberapa orang petugas penyiasatan WHO.

Laporan WSJ turut menyatakan data terperinci adalah aspek kritikal dalam siasatan bagi mendapat petunjuk punca wabak COVID-19.

“Interpretasi data menjadi terhad dari sudut siasatan walaupun terdapat pihak mengatakan ianya sesuatu yang baik dan memudahkan proses,”  kata Dominic Dwyer, pakar mikrobiologi dari Australia.

Beliau merupakan salah seorang anggota siasatan WHO yang dihantar ke Wuhan pada bulan lalu.

Dominic menambah, keengganan China telah menyebabkan situasi bertambah tegang antara petugas WHO dengan Beijing.

“Saya adalah saintis, dan saya pecaya kepada data. Saya yakin dengan dokumentasi yang berasaskan data,

“Saya tidak terus percaya dengan apa yang orang berikan kepada saya,” kata Thea Fischer, anggota siasatan WHO dari Denmark.

Beliau menambah, data yang diberikan oleh China adalah tidak mencukupi.

Sehingga siasatan selesai, China masih enggan untuk memberikan data yang diperlukan oleh WHO. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply