Home Pertahanan dan Keselamatan Program vaksinasi akan pertingkat tahap kesiagaan ATM – Panglima

Program vaksinasi akan pertingkat tahap kesiagaan ATM – Panglima

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini menegaskan program pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan termasuk anggota tentera akan mengekalkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia pada tahap maksimum.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pemberian vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan adalah penting bagi melindungi mereka dari wabak tersebut.

“ATM amat menghargai usaha kerajaan yang memberikan keutamaan kepada tentera bersama petugas barisan hadapan yang lain dalam Fasa 1 Pemberian Vaksin COVID-19,

“Ianya akan membantu melindungi mereka dari risiko jangkitan semasa menjalankan tugas dan mengekalkan kesiagaan ATM pada tahap maksimum,” katanya.

Pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan merupakan fasa pertama Program Vaksinasi COVID-19 peringkat kebangsaan.

Program ini merupakan Inisiatif Pertama dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari lalu.

Menyentuh PERMAI, Affendi menjelaskan ATM sentiasa komited dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam mencapai objektif PERMAI.

Beliau menambah, peruntukan tambahan di bawah inisiatif tersebut memberi manfaat kepada ATM dalam meperkasakan lagi kesiagaan dalam membantu negara untuk memerangi COVID-19.

“Penyediaan peruntukan berkenaan juga amat diperlukan terutama bagi petugas barisan hadapan yang terlibat dalam OP PENAWAR dan OP BENTENG,

“Selain itu, mereka di bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM yang turut sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pandemik turut mendapat faedah dari peruntukan ini,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply