Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 9 Briged bantu agih bekalan makanan di kawasan PKPD Sibu Jaya

9 Briged bantu agih bekalan makanan di kawasan PKPD Sibu Jaya

by Nurulhuda

SARAWAK, 12 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengatur gerak aset dan anggotanya di Sarawak bagi membantu pihak berkuasa menghulurkan bantuan ke lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Sibu Jaya.

Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, anggotanya telah diaturgerakaan dalam membantu pengagihan bekalan makanan di kawasan berkenaan pada 10 dan 11 Februari 2021.

“Bantuan tersebut diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak ekoran daripada pelaksanaan PKPD di kawasan Sibu Jaya,

“Kehadiran pihak TDM khususnya 9 Briged sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan proses pengagihan bekalan makanan kepada lebih kurang 6000 penduduk,” katanya.

Menurutnya, di samping melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi anasir luar, 9 Briged sentiasa bersedia berganding bahu dengan agensi awam untuk membantu rakyat setempat yang terjejas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaan PKPD itu dibuat setelah pekan Sibu Jaya mencatatkan 247 kes positif COVID-19 dan 129 kes daripadanya dilaporkan di kawasan Rumah Pangsa dan Perumahan Town Villa.

Sehingga Khamis, Sarawak merekodkan 184 kes positif COVID-19, menjadikan keseluruhan kes positif meningkat kepada 6,190 kes.-airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply