Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Radar, dron bantu Tentera Darat Malaysia tahan 17 PATI Indonesia

Op Benteng: Radar, dron bantu Tentera Darat Malaysia tahan 17 PATI Indonesia

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 28 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menceroboh perairan Malaysia dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di Pantai Teluk Punggai, Kota Tinggi.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div),Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dari arah Pulau Batam.

Pihak 3 Div kemudiannya telah menghantar QRF untuk mengepung kawasan Batu Layar, Teluk Punggai dan Tanjung Penyusup, Kota Tinggi.

“Bot tersebut kemudiannya berjaya dikesan oleh anggota di Pos Pemerhati di Pantai Teluk Punggai pada pukul 1.30 pagi,

“Hasil serbuan Tim QRF bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas pada jam 1.45 pagi telah berjaya menahan 16 PATI,” kata kenyataan itu

Tambahnya, seorang lagi PATI berjaya ditahan selepas mendapat maklumat dari tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Kesemua PATI ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19

 

Kesemua 17 PATI ditahan adalah terdiri daripada 13 lelaki dan 4 wanita warga Indonesia yang berusia 24 hingga 48 tahun.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM25,262.14 melibatkan wang tunai pelbagai jenis matawang, jam tangan, barangan kemas dan telefon bimbit,

“Kesemua PATI ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply