Home Politik Kerajaan Perikatan Nasional sudah runtuh – Nazri Aziz

Kerajaan Perikatan Nasional sudah runtuh – Nazri Aziz

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Parlimen Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini telah mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah runtuh.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penarikan balik sokongan beliau terhadap Perikatan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Apabila saya menarik balik sokongan ini, kerajaan sekarang tidak mempunyai majoriti dan hanya ada 109 kerusi,

“Kita nak bagi tahu bahawa kerajaan hari ini akan runtuh dan akan ada beberapa orang ahli parlimen lain akan buat keputusan yang sama,” katanya.

Menurut Nazri, keputusan menarik balik sokongan adalah mengikut kehendak dan pendirian parti.

“Usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menjadi pendirian parti UMNO,

“Keputusan saya untuk menarik balik sokongan adalah diberikan mandat oleh pihak Majlis Tertinggi dan juga UMNO Bahagian Padang Rengas,” jelasnya.

Beliau menambah, keputusan ini telah lama dipertimbangkan dan merupakan yang terbaik untuk partinya.

Nazri Aziz merupakan Ahli Parlimen ketiga dari UMNO yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Pada Disember lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menarik balik sokongan beliau kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Langkah beliau kemudiannya disusuli oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Machang bersama 12 bahagian UMNO Kelantan pada Sabtu lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply