Home PolitikBarisan Nasional Annuar dipecat, Ahmad Maslan dilantik Setiausaha Agung BN

Annuar dipecat, Ahmad Maslan dilantik Setiausaha Agung BN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat sebagai Setiausaha Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta.

Hari ini portal berita tempatan melaporkan, keputusan tersebut dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.

Annuar akan digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Sebelum ini, Annuar berkata sedia dipecat daripada UMNO, jika cadangannya untuk mempertahankan muafakat parti Melayu dan Islam tidak disenangi pemimpin serta ahli akar umbi partinya.

Annuar juga dikritik hebat akar umbi UMNO, yang kononya beliau menjadi jurucakap Parti Bersatu Malaysia (PPBM) kepada BN – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply