Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Beret hijau pembakar semangat sertai Komando

Beret hijau pembakar semangat sertai Komando

by Hazli Fikri

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=uoSO-Rx9I9Y[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Bukan mudah untuk menjadi anggota komando. Mereka perlu menjalani latihan ‘azab’ siang dan malam selama tiga bulan. Penuntut juga diuji ketahanan mental serta fizikal sebelum melayakkan diri mereka sebagai anggota Komando Tentera Darat Malaysia (TDM).

Demi beret hijau yang disegani, 3 bulan dilalui dengan tabah dan bersemangat. Begitulah juga kepada Penuntut Terbaik Kursus Asas Komando siri AK/2/2020, Leftenan Muda Muhammad Asmar Hussin yang menjadikan beret hijau dan lanyard biru Komando sebagai pembakar semangat kepada dirinya untuk menghadiri kursus tersebut.

Penuntut Terbaik Kursus Asas Komando siri AK/2/2020, Leftenan Muda Muhammad Asmar Hussin. Foto: Airtimes/Azuan

Muhammad Asmar berkata, minat kepada aktiviti yang mencabar sejak di bangku sekolah selain melihat anggota komando dengan beret hijau membuatkan dirinya bersemangat untuk menyertai kursus elit TDM ini.

Anak jati Lahad Datu, Sabah ini meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana lulus kursus asas komando dan diberikan kekuatan mental serta fizikal sepanjang menjalani kursus tersebut selama tiga bulan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang, Melaka.

“Sebelum saya lulus ini, saya telah meminta izin daripada ibu dan ayah untuk saya memasuki komando tetapi pada awalnya ibu saya tidak mengizinkan, selepas saya pujuk rayu dan berdoa, ibu saya membenarkan saya menyertai komando,

Ditemui pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Komando di Kem Sungai Udang. Foto: Airtimes/Shahir Ali

“Untuk menyertai komando sebenarnya saya tiada pendorong cuma keseragaman anggota komando itu yang menjadi pendorong untuk saya menjadi anggota komando. Dalam keluarga saya tiada seorang bekerja sebagai tentera cuma saya seorang yang menceburi dalam bidang ketenteraan dan juga komando,

“Bagi saya latihan jalan lasak sejauh 160 km selama 3 hari 2 malam merupakan yang paling mencabar kerana selepas saja latihan itu, badan semua akan berasa sakit kesan daripada latihan tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2020 pada Khamis yang lalu.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Batalion ke-2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menyeru kepada warga TDM untuk menyertai pasukan komando sekiranya ingin merasai pengalaman yang lain dalam TDM.

“Saya mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan untuk menyertai kursus asas komando, ini kerana dalam komando terdapat kepuasan dalam ketenteraan dimana komando akan buat semua yang tentera biasa tidak dapat buat,

“Untuk menunjukkan kita lelaki sejati dalam ketenteraan sama-sama kita menyertai komando,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply