Home Politik Kesal tindakan UMNO, PPBM perkukuh kerjasama dengan PAS

Kesal tindakan UMNO, PPBM perkukuh kerjasama dengan PAS

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Parti Pribumi Bersatu Malasyia (PPBM) sebulat suara akan terus perkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) susulan penyingkiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Dalam mesyuarat tersebut, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini,

“Berikutan itu, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan PAS melalui PN dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri,

“Semua keputusan yang bakal diambil PPBM berkaitan penubuhan kerajaan negeri Perak yang baru akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung,” katanya.

PAS sebelum ini melalui setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak.

Pada 4 Dis lalu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang gagal memperolehi sokongan majoroti dalam undi percaya oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul undi percaya telah itu telah dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baru dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Manap Hashim.

Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala 48 lagi tidak menyokong dan satu undi rosak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply