Home Semasa COVID-19: 1,600 kes baharu, Negeri Sembilan catat kes harian tertinggi

COVID-19: 1,600 kes baharu, Negeri Sembilan catat kes harian tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,600 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 3 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala 1,597 lagi merupakan penularan dalam negara.

“Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 72,294 kes. Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,604 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pada hari ini, Negeri Sembilan merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 541 kes diikuti Selangor 426 kes dan Sabah 248 kes.

“Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes daripada jumlah kes keseluruhan di negeri tersebut,

“Kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 129 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dimana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 2 kematian masing-masing direkodkan di Sabah dengan jumlah kematian setakat ini adalah 384 kes.

Sebanyak 2 kluster baharu dikenal pastui hari ini iaitu, Kluster Malawati daerah Kuala Selangor, Selangor.

Sementara Kluster Tapak Bina Awan Lembah melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Klang, Selangor. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply