Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Murni: ATM salur bantuan pasca banjir di Pasir Puteh

Op Murni: ATM salur bantuan pasca banjir di Pasir Puteh

by Air Times News Network

PASIR PUTEH, 7 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan kepada penduduk di jajahan Pasir Puteh, Kelantan yang terjejas akibat banjir, semalam.

Markas ATM dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, bantuan telah disalurkan oleh pasukan 2 Rejimen Sempadan (2 RS).

Antara bantuan yang dilakukan termasuklah kerja-kerja sanitasi bangunan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan menghantar mangsa banjir pulang ke rumah.

Turut terlibat adalah dari pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Op Murni memperlihatkan komitmen ATM dalam melaksanakan tugas-tugas sekunder sebagai peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan negara serta mengukuhkan kerjasama erat antara agensi bagi membantu rakyat yang terjejas akibat banjir,” kata hantaran itu.

Semalam, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di jajahan Pasir Puteh sejak Selasa lepas dibenarkan pulang rumah masing-masing apabila keadaan disahlam selamat. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!