Home Semasa Kerajaan PN kekal dengan keputusan PH keluar dari Statut Rom

Kerajaan PN kekal dengan keputusan PH keluar dari Statut Rom

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=22LmGOmFmeo[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) yang menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom ICC berkuatkuasa pada 29 April 2019.

Sehubungan dengan itu, Malaysia telah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai Negara Pihak kepada Statut Rom ICC.

“Setakat hari ini, kerajaan (PN) masih mengekalkan pendirian yang dibuat oleh kerajaan yang lalu (PH),” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagi jawab lisan dari Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang bertanyakan mengenai kedudukan Malaysia terhadap Statut Rom dan kebarangkalian kerajaan akan bersetuju menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam masa yang terdekat.

Pada 6 April tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kabinet memutuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Penarikan diri itu dibuat pada 5 April 2019, selepas perkara tersebut mendapat bantahan daripada orang awam dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply