Home PolitikBarisan Nasional UMNO, PAS setuju daftar secara rasmi Muafakat Nasional

UMNO, PAS setuju daftar secara rasmi Muafakat Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Okt – UMNO dan PAS bersetuju mendaftar Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Muafakat Nasional dalam satu kenyataan hari ini berkata, kepemimpinan kedua-dua parti itu telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Kenyataan bersama Setiausaha Agung I, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II, Datuk Takiyuddin Hassan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang dijadualkan semalam, ditangguhkan seiring arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur.

“Kepemimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU-15.

“Kepemimpinan kedua-dua parti bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan ROS,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Annuar menerusi ciapan twitternya berkata, kepimpinan UMNO dan PAS telah capai kesepakatan yang penting dan bersetuju terus berikhtiar kearah penyatuan yang lebih luas.

“Insyaalah sambutan genap setahun MN bakal di sambut 1 November jam 8.00 malam,

“Urusetia sambutan di arahkan menyusun program secara norma baru dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya. Yang pasti ia melibatkan sambutan secara maya dan tiada himpunan besar besaran,” kata Annuar menerusi ciapan twitternya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply