Home Pertahanan dan Keselamatan APMM lakukan pelayaran ihsan bawa 2 pesakit ke Hospital Kudat

APMM lakukan pelayaran ihsan bawa 2 pesakit ke Hospital Kudat

by Nurulhuda

KUDAT, 13 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat telah melakukan pelayaran ihsan dengan membawa 2 pesakit mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru ke Hospital Kudat, semalam.

APMM dalam kenyataan berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kudat telah menerima panggilan telefon daripada Klinik Kesihatan Karakit untuk meminta bantuan kecemasan bagi memindahkan 2 orang pesakit iaitu seorang lelaki berumur 68 tahun dan seorang wanita, berumur 65 tahun untuk mendapatkan rawatan dari Hospital Kudat dengan kadar segera.

“Bot Halilintar 2 telah diarahkan keluar untuk memberikan bantuan MEDEVAC pada jam 5 petang dan tiba di jeti Karakit, Pulau Banggi,

“Kedua-dua pesakit ditemani oleh seorang doktor dan seorang Jururawat,

“Seterusnya kedua-kedua pesakit dipindahkan ke Ambulans dan dibawa ke Hospital Kudat,” jelasnya dalam hantaran di laman Facebook rasmi APMM. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply