Home Politik Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 2 Okt – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi hari ini di Hospital Gleanegles, Kota Kinabalu.

Menurut sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Sebelum ini, mendiang yang juga merupakan Pengerusi Tetap Warisan telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu selepas mendapat jangkitan radang paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Vui Keong menang di Parlimen Batu Sapi dengan memperolehi 12,976 undi mengalahkan tiga calon lain.

Mendiang yang berasal dari Kota Belud mendapat majoriti 4,619 mengalahkan calon dari Parti Bersatu Sabah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), Linda Tsen Thau Lin memperolehi 8,357 undi; calon Amanah, Hamzah Abdullah 980 undi dan calon PAS, Norsah Bongsu perolehi 948 undi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply