if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Konflik dalaman Beirut tidak halang misi MALBATT 850-8 ke Lubnan

Konflik dalaman Beirut tidak halang misi MALBATT 850-8 ke Lubnan

by Nurulhuda

SUBANG, 1 Okt – Misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan akan diteruskan pengoperasiannya meskipun situasi keselamatan dan politik di negara berkenaan ketika ini tidak stabil terutama selepas kejadian letupan di Pelabuhan Beirut yang berlaku baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM menjelaskan, masalah dalaman yang berlaku di Beirut itu tidak sama sekali menjadi penghalang untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan misi ke negara berkanaan.

“Buat masa kini, untuk penghantaran misi ke Lubnan tidak ada isu-isu yang berkait dengan letupan tersebut,

“Misi penghantaran 850-8 ke Lubnan tetap diteruskan seperti mana yang dilakukan sebelum ini,” jelasnya pada sidang media di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz turut menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan anggota Malaysia yang bertugas di negeri berkenaan.

“Letupan tersebut bukanlah berpunca dari sebuah peperangan kumpulan atau komuniti di Lubnan, ia berpunca dari bekalan bahan kimia yang disimpan di sebuah gudang,

“Walau bagaimanapun, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya anggota kita selamat disana,” tambahnya.

Pada awal Ogos lalu, seramai 78 orang dilaporkan maut manakala 4,000 orang cedera akibat letupan kuat di Pelabuhan Beirut.

Letupan yang kuat telah menghasilkan gegaran sekuat 3.3 skala Ritcher dan memusnahkan bangunan serta rumah dalam lingkungan 10 kilometer.

Affendi turut mengesahkan bahawa tiada anggota pasukan MALBATT 850-7 di Lubnan yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Terdahulu, Ikmal Hisham teleh menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-8 yang melibatkan seramai 215 orang pegawai dan lain-lain pangkat (LLP).

Kumpulan kedua dan ketiga akan bertolak pada 15 Oktober dan 29 Oktober, manakala kumpulan terakhir akan bertolak pada 15 November melibatkan keseluruhan 850 pegawai dan anggota. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply