Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Radar Gempita kesan 21 PATI, 4 tekong Indonesia

Radar Gempita kesan 21 PATI, 4 tekong Indonesia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 2 Sept – Seramai 21 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 4 individu dipercayai tekong warga Indonesia berjaya dikesan menggunakan sistem pengesanan radar kenderaan perisai Gempita oleh Rejimen Kedua Kor Armor (2 KAD).

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dalam kenyataan berkata, hasil maklumat tersebut membawa kepada penahanan kesemua PATI di persisir pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi Johor, awal pagi tadi.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) kira-kira jam 5.40 pagi selepas mendapat maklumat daripada sistem radar Gempita yang mengesan pergerakan 2 buah bot mencurigai merapati perairan negara.

“Serbuan dilakukan oleh pasukan 1 RRD dengan bantuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas sebuah bot yang sedang merapati pantai dan berjaya menahan 21 orang yang disyaki PATI serta 4 individu (lelaki) yang disyaki bertindak sebagai tekong laut,

Kesemua PATI warga Indonesia di tahan olej pasukan 1 RRD di persisir pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi Johor awal pagi tadi. Foto: TDM

“Daripada 21 orang PATI yang ditangkap, 17 individu merupakan PATI yang ingin pulang ke Indonesia melibatkan 8 lelaki dan 9 perempuan manakala 4 orang (lelaki) lagi PATI didapati baru sahaja tiba ke Malaysia,” katanya.

Selain PATI, sebuah bot fiber bersama 3 buah enjin berkapasiti 200 HP turut dirampas dalam serbuan tersebut.

“Kesemua tekong dan PATI telah diserahkan kepada pihak PDRM di lokasi untuk tindakan lanjut,

“Pasukan meneruskan kawalan keselamatan di persisir pantai bagi memastikan perairan negara bebas dari sebarang bentuk pencerobohan dan penyeludupan,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply