Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kesan tapak kaki bantu tentera bongkar tempat persembunyian 7 PATI Indonesia di ladang sawit

Kesan tapak kaki bantu tentera bongkar tempat persembunyian 7 PATI Indonesia di ladang sawit

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 19 Ogos – Hasrat 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk lolos dari ditahan oleh pihak berkuasa gagal apabila mereka telah ditangkap oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar pada jam 9.15 malam, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 DIV) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI terbabit telah ditahan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) berlaku di sektor Op Benteng di bawah tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

“Kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan itu terdiri daripada 3 lelaki dan 4 perempuan, berusia sekitar 20 hingga 44 tahun,

“Kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah menjejaki beberapa kesan tapak kaki yang disyaki ditinggalkan oleh PATI sedang bersembunyi dalam ladang kelapa sawit sebelum serbuan dibuat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua yang ditahan dipercayai adalah saki baki kumpulan PATI yang ditangkap ketika sedang menunggu bot membawa mereka pulang pada beberapa hari lalu.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM11,345.00 melibatkan wang tunai RM10,299.00 dan mata wang Indonesia 3,712,000 (RM 1,491.00),” ujarnya.

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Selain itu, kesemua PATI terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut selepas menjalani ujian saringan COVID-19. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply