Home Semasa United Kingdom hantar A400M jejak bot PATI ceroboh perairan Selat Inggeris

United Kingdom hantar A400M jejak bot PATI ceroboh perairan Selat Inggeris

by M.Daim

LONDON, 11 Ogos – Tentera Udara Diraja (Royal Air Force) hari ini mengumumkan penglibatan pesawat Airbus A400M dalam melakukan pemantauan maritim bagi mengekang kemasukan bot Pendatang Asing Tanpa Izin ke United Kingdom.

“Pesawat digunakan untuk melakukan pengawasan dan pemantauan kawasan perairan. Segala maklumat akan disalurkan kepada pasukan pengawal pantai dan pengawal sempadan,

“Ini bagi membolehkan pemintasan dilakukan dengan cepat dan pantas,” kata kenyataan RAF, hari ini.

Menurutnya, penglibatan A400M RAF telah diluluskan oleh Setiausaha Pertahanan UK, Ben Wallace bagi membantu penguatkuasaan kawasan perairan Selat Inggeris.

“Pengoperasian A400M merupakan langkah pertama pihak Kementerian Pertahanan UK untuk menghulur bantuan kepada pihak berkuasa keselamatan dalam negeri bagi menghalang pencerobohan masuk PATI di kawasan perairan,

“Selain itu, pesawat ini akan membuka ruang pemantauan yang lebih besar dari udara,” jelasnya lagi.

Terdahulu, UK melaporkan berlakunya peningkatan kes kemasukan PATI ke negara itu dengan menggunakan bot kecil di perairan Selat Inggeris.

Kerajaan UK turut menggunakan khidmat bekas komando bagi mengetuai operasi menghalang, memintas dan mengusir bot yang membawa migran. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply