if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal 4 kes baharu lebur rekod 102 hari New Zealand bebas penularan tempatan COVID-19

4 kes baharu lebur rekod 102 hari New Zealand bebas penularan tempatan COVID-19

by M.Daim

WELLINGTON, 11 Ogos – Kerajaan New Zealand hari ini bertindak menutup bandar Auckland selepas 4 kes baharu COVID-19 yang dikesan selepas 102 hari negara itu bebas dari penularan wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield menjelaskan kesemua kes baharu tersebut melibatkan satu keluarga di selatan bandar itu.

Menurut beliau, kesemua pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Punca jangkitan dan aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peningkatan tahap amaran di bandar Auckland ke Peringkat 3 sementara lain-lain kawasan di negara itu kepada Peringkat 2.

“Penguatkuasaan kawalan pergerakan mulai 12 tengah hari (waktu tempatan) adalah sebagai langkah berjaga-jaga,

“Perkembangan baharu ini merupakan antara perkara yang dijangka akan berlaku,” kata Ardern dalam satu sidang media tergempar, hari ini.

Beliau menambah, kes tersebut bukan sahaja terhad kepada sebuah rumah semata-mata tetapi turut melibatkan beberapa tempat yang telah dilawati oleh pesakit.

Sehingga kini, negara Kiwi itu telah mencatatkan 1,570 kes jangkitan dengan 22 kematian dan 1,526 pesakit sembuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply