Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kelewatan pembinaan kapal TLDM tidak jejaskan wang persaraan anggota ATM

Kelewatan pembinaan kapal TLDM tidak jejaskan wang persaraan anggota ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Isu kelewatan perolehan kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) tidak menjejaskan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan LTAT tidak menguruskan wang persaraan anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan.

“LTAT hanya menguruskan wang caruman anggota ATM yang sedang berkhidmat di dalam ATM sahaja,

“Bayaran sekaligus akan dibuat apabila mereka menamatkan kontrak perkhidmatan dengan ATM,

“Bayaran ini juga merangkumi caruman ahli, caruman kerajaan dan dividen terkumpul yang telah diisytiharkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjujung kasih titah diraja bagi persoalan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkaitan keupayaan pihak LTAT dalam menguruskan dana wang persaraan anggota ATM akibat kegagalan anak syarikatnya menyiapkan projek kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship (LCS).

Semalam di Dewan Rakyat, Ismail Sabri telah menjawab persoalan berkaitan kelewatan perolehan LCS milik TLDM.

“Sehingga 31 Julai lepas, tiada satu pun daripada enam kapal LCS yang berjaya disiapkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd (BNSSB),

“Kementerian Pertahanan sedang mempertimbangkan tiga opsyen berhubung hala tuju projek LCS yang mengalami kelewatan dalam pembinaannya serta meminta BNSSB untuk menggunakan baki peruntukan sedia ada bagi meneruskan projek tersebut,” jelasnya.

BNSSB telah menandatangani kontrak perolehan dengan kerajaan pada 23 Mac 2017 bagi membina empat kapal LMS dengan kerjasama China Shipbuilding and Offshore International Corporation Ltd di China.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan dana caruman ahli yang diuruskan oleh LTAT ini ditadbir berpandukan tadbir urus korporat yang terbaik. Wang caruman tersebut adalah terjamin dan selamat.

“Manakala bagi anggota ATM yang berpencen, dana wang persaraan mereka adalah melalui Agensi Pusat (Jabatan Perkhidmatan Awam) yang disalurkan ke Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi agihan kepada pesara tentera,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

1 comment

Yazid Haron 8 December 2020 - 1:56 pm

Kegagalan Projek LCS perlu jadi pengajaran berguna kepada KEMENTAH untuk mengawal selia lebih ketat peruntukan kewangan kerajaan. Semua pihak terlibat perlu lebih telus dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan. Isu ini juga menunjukkan Konsep Fit but not With kapal TLDM sebelum ini meninggakkan ruang kosong kepada kesiagaan TLDM dalam sebilang masa. Isu-isu di Laut Natuna, Laut Sulu dan Keselamatan Selat Melaka sangat mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Langkah jangka pendek yang boleh diambil TLDM dengan melengkapi kapal sedia ada dengan peralatan lebih sesuai sama ada bersifat defensif atau offensive. Pada masa yang sama pegawai dan anggota TLDM perlu dilengkapkan ilmu baik pulih kapal tanpa mengharapkan syarikat swasta yang hanya pentingkan keuntungan semata-mata. Terima kasih TLDM.

Reply

Leave a Reply