Home Politik ‘YB orang Melayu, jangan hina orang Melayu’ – Noh Omar

‘YB orang Melayu, jangan hina orang Melayu’ – Noh Omar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Mohamad Sabu apabila mengaitkan orang Melayu dengan penglibatan rasuah.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan tersebut dan menegaskan, adalah terlalu umum untuk mengaitkan semua orang Melayu terlibat dengan aktiviti rasuah.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika itu menjawab persoalan daripada Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) bahawa berpaduan orang Melayu, mestilah bersatu diatas keperibadian mulia termasuk melawan rasuah.

“Amat setuju dan ini perkataan sokong orang Islam walaupun rasuah kerana ada pintu taubat, ini kenyataan cukup bahaya,

“Bagi kita sokong orang Islam yang berintegriti, tidak kira siapa dari parti mana pun orang yang berwibawa, bertakwa, kita boleh terima. Bukan kita sokong sebab Islam, tetapi rasuah,” katanya ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh yang tidak berpuashati dengan kenyataan tersebut bangun dan membidas hujahan dari Ahli Parlimen Kota Raja itu.

“Tadi saya sokong Ahli Parlimen Pasir Mas yang memperjuangkan hak orang melayu dalam perlembangan, tapi kait dengan rasuah, ia terlalu umum,

“Kalau Yang Berhormat (YB) benar-benar pejuang Islam, kenapa YB lari dari PAS dan lompat ke parti Amanah. Apa beza? PAS pejuang Islam dan juga Agama. Lari pergi Amanah, sekarang hendak cakap pasal Melayu,

“Tolong jangan umum. Siapa rasuah? Sudah ada bukti ke? YB Melayu, jangan hina Melayu,

“Kalau bukan rasuah, jangan kata rasuah, terlalu umum. Memalukan bangsa kita, apakah semua orang Melayu terima rasuah?,” tegas Noh.

Namun, Mat Sabu menafikan beliau menghina orang Melayu dan menegaskan beliau bercakap secara umum berkaitan isu rasuah tersebut.

“Saya tidak hina bangsa Melayu tetapi, saya mahu seorang Melayu yang bertakwa, beriman dan integriti,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply