Home Semasa SOP PKPP: Tiada sekatan balik kampung sempena Aidiladha

SOP PKPP: Tiada sekatan balik kampung sempena Aidiladha

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Jul –  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan tiada sekatan rentas negeri dan daerah semasa Hari Raya Aidiladha.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Parlimen Malaysia.

“Tiada halangan untuk pulang ke kampung. Pergerakan antara negeri dan daerah masih lagi dibenarkan,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pihak Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengehadkan pergerakan antara zon di Bumi Kenyalang.

Menurut beliau, had perjalanan tersebut melibatkan dua zon utama mulai 1 Ogos sehingga 14 Ogos.

“Di Sarawak, kita mempunyai zon utama iaitu Zon 1 dan Zon 2. Zon 1 merangkumi kawasan merah serta kuning merangkumi Kuching, Serian dan Samarahan,

“Zon 2 pula melibatkan bandar-bandar yang berada dalam zon hijau. Sebarang pergerakan antara dua zon ini perlu mendapat kebenaran pihak polis,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyatakan bilangan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan dikurangkan.

“Ini bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19,” ujarnya.

 

Related Articles

Leave a Reply