Home Semasa Bukan serbuan, tetapi hanya diperiksa pihak berkuasa – Top Glove

Bukan serbuan, tetapi hanya diperiksa pihak berkuasa – Top Glove

by Bernama

KUALA LUMPUR, 22 – Top Glove Corporation Bhd menjelaskan bahawa lawatan oleh pihak berkuasa pada 13 Julai 2020 bukan serbuan, tetapi pemeriksaan ke atas pejabat dan tempat tinggal pekerjanya.

Pengeluar sarung tangan getah itu menerima kompaun sebanyak RM1,000 daripada Kementerian Kesihatan kerana kekurangan penjarakan sosial di satu unit rumah pekerja.

Ketidakpatuhan itu segera dibetulkan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam kenyataan oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai perkara itu, ia turut mengesahkan bahawa semasa pemeriksaan mereka tidak menemui sebarang unsur buruh paksa di premis Top Glove.

Top Glove turut mendapat penilaian “A” berikutan audit sosial Kilang 9 pada Jun 2020 oleh Amfori, persatuan perniagaan global terkemuka untuk perdagangan terbuka dan mampan, selain mendapat penilaian yang baik dalam audit pihak ketiga sebelum ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply