Home Semasa Kerajaan pertimbang wajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam

Kerajaan pertimbang wajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 20 Julai – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Beliau berkata perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan,

“Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas perkembangan terkini PKPP hari ini.

Menurut Muhyiddin, ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.

“Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain,

“Ingatkan mereka setiap hari. Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply