Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kebajikan warga TD dan keluarga akan terus diperkasa

Kebajikan warga TD dan keluarga akan terus diperkasa

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan terus memperkasakan kebajikan anggotanya dan keluarga termasuk soal pendidikan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain berkata melalui tonggak ketiga iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga’ yang tertumpu kepada peningkatan kualiti hidup, kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), pengukuhan kerohanian, kemudahan kesihatan, pemerkasaan pendidikan serta pengiktirafan.

Justeru itu bagi mencapai tonggak ini, setiap pemimpin harus memberi komitmen terhadap kesejahteraan anggota, keluarga dan komuniti serta memberi penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal dan rohani.

“Kesejahteraan warga melibatkan keseimbangan pada setiap warga TDM dalam tugasan harian, latihan, aktiviti riadah mahupun kerohanian,

“Keseimbangan ini akan memberi impak terhadap kualiti hidup serta kebajikan anggota dan keluarga,” katanya semasa ucapan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson pada Sabtu lepas.

Menurutnya, setiap lapisan dibawah pemerintahan masing-masing perlu berusaha memperlengkapkan keperluan kebajikan, kesejahteraan warga dan keluarga.

“Pemerintahan juga perlu bertindak untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti RKAT serta kediaman warga,

“Selain pada itu, kesejahteraan warga perlu direncanakan dengan memberi penekanan dalam aspek kesihatan, fizikal, mental dan sosial,

“Usaha juga perlu tertumpu kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pendidikan anggota dan anak-anak mesti diperkasakan, tonggak Pelestarian Kesejahteraan Warga boleh tercapai melalui pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti yang ditonjolkan.

Pada Sabtu, Zamrose dalam perintah ulung sebagai PTD telah menggariskan 3 prinsip dan 5 tonggak (3P+5T) yang harus dipraktikkan oleh seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi mewujudkan sebuah organisasi yang siaga, profesional dan terlatih. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!