Home Politik Tan Sri Muhyiddin adalah simbol perubahan dan penyatuan Melayu

Tan Sri Muhyiddin adalah simbol perubahan dan penyatuan Melayu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Ketua Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbuddin Embun menegaskan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan penyelamat dan membawa penyatuan Melayu pentas politik tanah air.

“Pada saya, pemimpin yang boleh membawa kestabilan kepada negara ini ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin,

“Maknanya orang Melayu serta pertubuhan Melayu di seluruh negara perlu menyokong beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya semasa sidang media di Wisma MPM, semalam.

Beliau menambah, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-14 pada 2018 telah memberi kesedaran kepada orang Melayu di negara ini.

“Apabila BN kalah pada tahun 2018, nasib Melayu seolah-olah tergugat kerana hilang kuasa dalam negara,

“Namun, Muhyiddin telah hadir sebagai penyelamat bangsa. Biar apa pun sesetengah pihak memanggil beliau dengan berbagai panggilan – Muhyiddin tetap penyelamat Melayu,

“Beliau adalah simbol reconciliation (perdamaian) dan renaissance (pembaharuan) kepada orang Melayu untuk bangkit,” ujarnya.

Terdahulu, beliau hadir ke sidang media MPM yang menyatakan sokongan pertubuhan tersebut kepada kepimpinan politik tanah air untuk menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply