Home Pertahanan dan Keselamatan Australia beli 251 unit stesen persenjataan kawalan jarak jauh

Australia beli 251 unit stesen persenjataan kawalan jarak jauh

by M.Daim

CANBERRA, 3 Julai – Kerajaan Australia mengumumkan perolehan sebanyak 251 unit stesen persenjataan kawalan jarak jauh (Remote Weapon System) bagi mempertingkatkan keupayaan pasukan tentera serta membuka lebih banyak ruang pekerjaan.

Menteri Industri Pertahanan, Melissa Price berkata, perolehan RWS akan menjamin pekerjaan kepada pekerja industri yang terlibat dalam pemasangan komponen senjata tersebut.

“Perolehan ini turut memberi pulangan kepada lebih 100 pembekal di Australia. 80% daripada komponen Elektro-optik pada RWS adalah dari dalam negara dan ini adalah satu perkembangan yang baik untuk pekerja serta peniaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Perolehan RWS merupakan sebahagian daripada langkah pemodenan pasukan tentera Australia dalam pelan penstrukturan semula kekuatan ketenteraan yang dilancarkan pada 1 Julai lalu.

Pelan tersebut melibatkan pembiayaan sebanyak US$552 juta untuk tempoh 10 tahun.

Menurut Kementerian Pertahanan Australia, RWS akan digunakan pada kenderaan Bushmaster dan Hawkei.

RWS merupakan sistem persenjataan kini yang membolehkan penembak untuk mengoperasikan sistem persenjataan secara kawalan jarak jauh dengan selamat dari sebarang ancaman tembakan musuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply