Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Perajurit Muda TLDM sah sebagai anggota tentera walau tiada perbarisan tamat latihan

Perajurit Muda TLDM sah sebagai anggota tentera walau tiada perbarisan tamat latihan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 14 Mei – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah selesai latihan ketenteraan di KD Sultan Ismail (KDSI) dianggap sah sebagai anggota tentera walau tiada upacara tamat latihan diadakan.

“Upacara penyerahan sijil (Perbarisan Tamat Latihan) itu terpaksa ditunda susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID19,

“Tak kira sama ada tentera atau sesiapa sahaja, semua tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Akta 342,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini.

Terdahulu, KDSI memaklumkan penangguhan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM pengambilan 220/19 berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

“Pihak Pengurusan KDSI dengan rendah hati memaklumkan bahawa tarikh Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM pengambilan 220/19 yang dijadualkan pada 18 April 2020 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,

“Tarikh baharu tersebut bergantung kepada pengumuman dan arahan semasa oleh pihak kerajaan berkaitan wabak COVID-19,” kata KDSI dalam satu hantaran di Facebook rasminya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply