Home Semasa SUKMA Johor 2020 ditangguhkan angkara wabak COVID-19

SUKMA Johor 2020 ditangguhkan angkara wabak COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican hari ini menegaskan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 ditangguhkan atas sebab keselamatan.

“Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dengan sebulat suara telah bersetuju menangguhkan SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,

“Keputusan dibuat dengan mengambilkira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan para atlet, jurulatih, pegawai serta semua yang terlibat dalam temasya tersebut,” kata Reezal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut kenyataan yang sama, pihak jawatankuasa turut bersetuju untuk memutuskan tarikh baharu selewat-lewatnya pada mesyuarat akan datang iaitu pada bulan Mei.

SUKMA 2020 yang diadakan di Johor sebagai tuan rumah dijadualkan berlangsung pada 11 Julai sehingga 19 Julai 2020.

 

Related Articles

Leave a Reply