KUALA LUMPUR, 1 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama agensi awam lain telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Bukit Changgang, Banting, semalam.
Rajimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) menerusi media sosialnya berkata, seramai 2 orang pegawai dan 20 anggota telah terlibat dalam kerja-kerja pembersihan ini.
Menurutnya, kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan berkerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui Dhaya Maju – LTAT.
Tambahnya, kerja-kerja pembersihan ini turut melibatkan 10 buah 10 Ton SinoTruk Tipper, 3 buah Back Hoe Loader dan sebuah Medium Wheeled Loader.
“Jentera – jentera dan kenderaan berat dibawah program Corporate Social Responsibility (CSR) Syarikat Dhaya Maju – LTAT dan di kendelaikan oleh anggota – anggota Pemandu Loji pasukan,
“Kerja-kerja pembersihan ini dapat memulihkan serta mengembalikan keadaan persekitaran seperti sediakala,” jelasnya.
Dalam pada itu, kerjasama seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Tentera Darat dengan awam yang memberi penumpuan terhadap pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat. -airtimes.my