Home Politik Wan Azizah, Anwar Ibrahim berada Istana Negara menghadap Agong

Wan Azizah, Anwar Ibrahim berada Istana Negara menghadap Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba di Pintu 2 Istana Negara pada pukul 2.30 petang diikuti rombongan kenderaan Timbalan Perdana Menteri kira-kira 10 minit kemudian.

Mereka dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya meninggalkan Istana Negara 45 minit kemudian, pada pukul 3.15 petang.

Sehingga berita ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung pertemuan itu.

Situasi politik tanah air berada dalam keadaan tegang berikutan timbulnya isu pembentukan kerajaan baharu yang bertiup kencang semenjak petang semalam.

 

 

Related Articles

Leave a Reply