Home Politik Kami terus sokong Tun M – Mohamad Sabu

Kami terus sokong Tun M – Mohamad Sabu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan Parti Amanah Negara (PAN) memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin Pakatan Harapan (PH).

“Parti Amanah Negara ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin Pakatan Harapan,” kata Presiden PAN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.40 petang hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut berdoa agar Tun diberikan kekuatan untuk menghadapi kemelut politik tanah air.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini,

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan Tun untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply