Home Semasa COVID-19: Kerajaan kaji semula keputusan sekat kemasukan peloncong China ke Malaysia

COVID-19: Kerajaan kaji semula keputusan sekat kemasukan peloncong China ke Malaysia

by Bernama

PUTRAJAYA, 22 Feb – Kerajaan akan menilai situasi semasa wabak COVID-19 di China sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukan pelancong dari negara itu ke Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata jangkitan COVID-19 masih terkawal di negara ini.

“Kita masih belum yakin yang kita telah sampai kemuncak dari segi risiko virus (COVID-19). Kita sedang mengawasi keadaan sebelum membuat keputusan mengenai pelancong China yang datang ke Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam dilaporkan berkata mesyuarat Kabinet pada Rabu ada membincangkan cadangan untuk melarang pelancong dari China buat sementara waktu.

Jumlah terkini kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah 22 kes dengan 17  telah dibenarkan pulang manakala lima kes masih dirawat. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply