Home Semasa Usah sebar berita palsu COVID-19, semak kepastian dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Usah sebar berita palsu COVID-19, semak kepastian dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan rakyat Malaysia perlu berhenti dari menyebar berita palsu mengenai penularan wabak COVID-19.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan berita sahih ketika berlakunya sesuatu krisis terutamanya sewaktu penularan wabak COVID-19.

“Setiap orang adalah bertanggungjawab terhadap maklumat yang telah dikongsikan. Sekiranya sumber dan maklumat sesuatu berita itu adalah diragui, jangan kongsi,” tegas Noor Hisham.

Beliau turut menegaskan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan saluran khas untuk rakyat Malaysia bagi mengetahui keadaan semasa wabak COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, Hisham menayatakan bahawa situasi penularan wabak COVID-19 di Malaysia adlah terkawal.

“KKM akan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan untuk menghadapi keadaan selanjutnya,” katanya.

Beliau menambah, krisis wabak COVID-10 di negara ini seadng diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management Agency, NADMA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ISmail.

Selain itu, Hisham menegaskan Malaysia turut memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN dan masyarakat dunia bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply