Home SemasaGlobal Ambil langkah berjaga-jaga walaupun kadar penularan wabak COVID-19 kian menurun

Ambil langkah berjaga-jaga walaupun kadar penularan wabak COVID-19 kian menurun

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Feb –  Ketua Pengarah Badan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19 walaupun kadar laporan kes jangkitan baharu kian menurun.

Beliau menambah, bilangan negara yang telah dikesan mempunyai kes jangkitan COVID-19 masih kekal 24 buah negara.

“Bilangan kes baharu jangkitan COVID-19 di China semakin menurun semenjak minggu lalu tapi langkah berjaga-jaga perlu di ambil,

“Wabak ini masih mampu untuk merebak dari mana-mana,” tegas Tedros dalam sidang media di WHO, malam tadi.

Beliau menambah, pihak WHO sedang membangunkan pelan bagi memastikan ujian klinikal dapat dijalankan secara sistematik dan konsisten di seluruh dunia.

“Kita telah menghantar kit diagnosis kepada makmal di seluruh dunia. Selain itu, kita turut membekalkan topeng muka, sarung tangan dan gaun perubatan ke 18 negara,

“WHO turut melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca virus COVID-19 dan juga cara untuk menggelakkan jangkitan dari haiwan ke manusia,” kata Tedros.

Related Articles

Leave a Reply