Home SemasaGlobal Amerika Syarikat pertingkat sekatan terhadap Iran

Amerika Syarikat pertingkat sekatan terhadap Iran

by Air Times News Network

WASHINGTON, 24 JAN – Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat petrokimia yang disyaki mempunyai kaitan dengan Iran.

“Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap syarikat China dan Hong Kong yang terlibat dalam aktiviti penjualan, pembelian, dan membekal produk petrokimia kepada Iran,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Michael Pompeo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Antara syarikat yang dikenakan sekatan ialah Shandong Qiwangda Petrochemical Co. Ltd, Triliance Petrochemical, Jiaxiang Industry Hong Kong Limited. Selain daripada itu, AS turut kenakan sekatan terhadap Ali Bayandarian, pengarah Triliance Petrochemical. Selain Ali, pengerusi dan wakil guaman Shandong Qiwangda Petrochemical Co., Ltd., Zhiqing Wang turut dikenakan sekatan oleh AS.

Pada masa yang sama, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat turut mengenal pasti beberapa syarikat yang berpangkalan di China, Hongkong dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terlibat dalam pemindahan wang kepada syarikat minyak Iran yang telah dikenakan sekatan, National Iranian Oil Company (NIOC).

Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Triliance Petrochemical, Sage Energy HK Limited, Peakview Industry Co.,  dan Beneathco DMCC

“Kesemua entiti yang dikenalpasti terlibat dalam aktiviti industri petroleum serta petrokimia Iran yang disekat oleh Amerika Syarikat,” tegas Pompeo.

 

 

Related Articles

Leave a Reply