Home Semasa Serangan seksual: Tindakan undang-undang tetap diteruskan – Anwar

Serangan seksual: Tindakan undang-undang tetap diteruskan – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual akan tetap diteruskan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) yang tidak akan membuat pendakwaan atas dakwaan serangan seksual terhadap Yusoff.

“Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan menghina terhadap saya,

“Untuk memastikan keadilan dan akauntabiliti, saman sivil yang difailkan sebelum ini akan dikekalkan,” kata Anwar dalam satu hantaran di laman Twitternya, malam tadi.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut menzahirkan penghargaan terhadap keputusan AGC itu. Ia menunjukkan tahap profesionalisme pihak berkuasa dalam menyiasat perkara tersebut.

Terdahulu, Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek berkata, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun sama.

Artikel berkaitan: Kes serangan seksual Anwar terhadap Yusoff Rawther ditutup kerana kekurangan bukti – Jabatan Peguam Negara 

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam kertas siasatan,

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 4 Disember 2019, bekas pegawai penyelidik itu membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar pada 2 Oktober 2018. Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh Presiden PKR yang mendakwa sedang berkempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Artikel berkaitan: Anwar nafi tuduhan ‘salah laku seksual’ terhadap Muhammed Yusoff Rawther

Related Articles

Leave a Reply