Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saya tak hantar surat usulkan bincang peralihan kuasa Tun Mahathir – KJ – Air Times News Network
Home Semasa Saya tak hantar surat usulkan bincang peralihan kuasa Tun Mahathir – KJ

Saya tak hantar surat usulkan bincang peralihan kuasa Tun Mahathir – KJ

by Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan laporan kononnya beliau menghantar surat pemberitahuan kepada setiausaha Dewan Rakyat berkaitan usul berhubung tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawa serta membincangkan usul tentang tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional,” katanya dalam laman Facebook.

Penafian yang sama turut dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam Instagram beliau dengan menyifatkan bahawa surat itu adalah palsu.

Sebuah portal bahasa Inggeris hari ini melaporkan berkaitan surat berkenaan bertarikh 20 Nov dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi portal itu tidak mengesahkan atau menafikan wujudnya usul berkenaan. – Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?