Home Semasa Orang ramai dinasihatkan tidak hadiri perhimpunan di Brickfields – Polis

Orang ramai dinasihatkan tidak hadiri perhimpunan di Brickfields – Polis

by Bernama

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Polis menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians and Other Races’, Sabtu ini di Brickfields.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe berkata, notis yang dikemukakan penganjur didapati tidak lengkap, dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Pihak polis telah menerima notis pemakluman dari penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians and Other Races’ pada 24 Ogos (Sabtu) jam 2 petang di ‘Water Fountain Little India’, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya semalam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara, katanya. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply