Home Pertahanan dan Keselamatan Saya pengguna setia, Malaysia Airlines tetap dihatiku – Menteri Pertahanan

Saya pengguna setia, Malaysia Airlines tetap dihatiku – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyatakan isu antara pihak beliau dengan Malaysia Airlines (MAS) telah selesai.

“MAS dihatiku. Sebelum jadi menteri dulu, saya pemegang kad platinum, sebab selalu menggunakan perkhidmatan ekonomi Malaysia Airlines.

“Malaysia Airlines tetap jadi pilihan saya untuk terbang dalam negeri atau antarabangsa,” kata Mohamad dalam sidang media ringkas semasa Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan di Kem KEMENTAH, hari ini.

Beliau mengulas isu kelewatan penerbangan MH002 pada 15 Jun lalu yang menyebabkan beliau tidak dapat menunaikan temujanji dengan Perdana Menteri di London. Semalam, Pejabat Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan menegur syarikat penerbangan itu berhubung isu tersebut.

Mohamad menambah, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail berhubung perkara tersebut. Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan syarikat penerbangan negara itu tidak perlu memohon maaf kepadanya.

“Saya yakin MAS akan memperbaiki kedudukan mereka. MAS merupakan kebanggaan rakyat Malaysia termasuk saya,” ujar Mohamad.

 

Related Articles

Leave a Reply