Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Ibu bapa dan pengalaman Askar Wataniah pendorong kejayaan Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik Tentera Darat

Ibu bapa dan pengalaman Askar Wataniah pendorong kejayaan Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik Tentera Darat

by Nurulhuda

Port Dickson, 24 Jun – Pengalaman ketika menyertai Askar Wataniah selapas tamat sekolah menengah menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada Perajurit Muda (PM) Muhamad Shahriman Ab Razak 19, untuk menyertai Tentera Darat.

Beliau merupakan penerima Anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 188/18. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson pada Sabtu lalu.

Shahriman yang berasal dari Kok Lanas, Kelantan berkata beliau tidak menyangka dipilih menerima anugerah berkenaan dan menyifatkan ia adalah sebagai penghargaan buat dirinya dan keluarga.

“Sejak dari bangku sekolah lagi, saya banyak menyertai pertandingan kawad kaki dan aktiviti-aktiviti korikulum sehingga saya menyertai Askar Wataniah (AW) di Batalion Ke-2, Rejimen 506 Askar Wataniah, Pengkalan Chepa pada tahun 2016.

Menurut bekas pelajar Politeknik Kok Lanas ini lagi, selepas hampir dua tahun menganggotai wataniah, beliau semakin bersemangat untuk mempertahankan negara. Pada masa yang sama impian untuk menyarung pakaian seragam tentera semakin menebal turut mendorong beliau membuat keputusan menghadiri temuduga kemasukan Tentera Darat.

“Alhamdulilah semua dipermudahkan. Ini semua berkat doa ibu bapa dan sokongan dari adik beradik, sehingga saya berjaya. Sememangnya saya sudah menanam cita-cita untuk mendapatkan satu anugerah di pusat latihan ini bermula hari pertama menjejak kaki disini, dan tidak sangka saya berjaya mendapatkannya,

“Jurulatih di kompeni dan kawan-kawan banyak memberi tunjuk ajar serta semangat untuk saya meneruskan latihan dan menjadi ketua perbarisan pada hari bersejarah itu,” jelas Shahriman yang bercita-cita hendak menjadi seorang Rejimen Sarjan Mejar (RSM) satu hari nanti.

Anak bongsu dari sepuluh adik beradik ini berikrar untuk memikul amanah sebagai anggota Tentera Darat dengan baik.

“Selepas ini saya akan terus menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin demi pasukan dan negara,” katanya.

Sementara itu kejayaan Shahriman turut dirasai oleh ahli keluarganya.

“Kami sekeluarga amat berasa bangga dan terharu apabila Shahriman berjaya menamatkan latihan dan menerima anugerah ini. Kami sememangya memberikan sokongan dan galakkan kepada dia (Shahriman) untuk menyertai tentera memandangkan minatnya sejak dari dulu lagi,” jelas Yusri Ab Razak, abang kepada Shahriman.

Related Articles

Leave a Reply